29
May
09

rejimen ke-10

sewaktu entri #melayu,islam,komunis ditulis, pada 25/5, tidak terfikir pun bahawa sehari selepas itu buletin utama berketuk gendang bercerita perihal komunis.

kebetulan<<<>>>aku== tapi itu yang selalunya. mungkin.

menurut pak menteri angkatan kabinet, ada pihak yang cuba untuk menghidupkan kembali fahaman komunis. ada usaha untuk membenih dan menyuburkan ideologi komunis. dalam susur gerak masyarakat malaysia, ada pihak yang cuba untuk semarakkan prinsip asal aliran itu !

tidak peduli.

saya.berminat dan bertumpu pada cerita pelopor gerakan tempatan. masih cuba untuk belajar dan faham kenapa dan mengapa rashid maidin dan abdullah ‘che dat’ sanggup menjadikan komunis sebagai kiblat.

terkini. tertarik dengan kitab ‘memoir abdullah c.d..zaman pergerakan sehingga 1948′. kitab yang saya jumpa di sebuah gedung.

menarik. (serius) pada saya.

isi dan inti kitab ini, lebih terperinci daripada buku sejarah tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah, yang kadangkala saya rasakan sudah di’rogol’ kesahihan dan ‘dara’ pokok kebenaran ceritanya.

ada diceritakan soal rejimen ke-10. penggerak zaman itu mendakwa.. ‘kerana  perjuangan mereka, British berikan kita kemerdekaan’.

kagum. tapi tidak usahlah berfikiran sempit dan naif dengan menuduh orang yang memeluk dan membimbit buku komunis sebagai komunis. itu zalim.

sejarah. dan nilainya. itu subjek yang perlu untuk kita fikirkan.

semakin lama, saya rasakan cerita-cerita sejarah aliran perdana adalah semakin tidak asli. justifikasi yang agak berat untuk saya buktikan. tapi ada kebenaran yang tersorok dalam lubang gelap.

ada cerita yang tidak diceritakan, dan ada yang diceritakan tapi tidak ada cerita. sebenarnya.

sekali lagi. tanggapan awal saya. sejarah dan penceritaan sejarah ..adalah dua entiti yang sangat berbeza..semakin diyakini. namun bukanlah skeptik secara sempurna terhadap cerita sejarah bumi ini, kerana ada juga yang benarnya. mungkin sedikit. mungkin banyak. saya tidak tahu.

kata-kata yang agak baik untuk dikongsi ;

‘bertahan secara aktif. berkembang sedikit demi sedikit’. prinsip yang dipegang oleh angkatan. ketika dan waktu itu.

Advertisements

3 Responses to “rejimen ke-10”


  1. June 4, 2009 at 04:15

    Ko dah try masuk blog bekas gerila rejimen ke 10 tak?? http://www.matamin.blogspot.com

  2. 2 Junjungan
    September 9, 2009 at 08:25

    Selepas kemerdekaan kita, ramai para pejuang yang tidak diberi pengiktirafan yang sebenar. Akan tetapi pegangan mereka harus di ambil kira. Kiranya mereka memilih untuk berjuang dengan cara kekerasan maka amat susah untuk mengiktiraf mereka mengikut zaman itu. Kini, dengan kemajuan kita sekarang amat mudah bagi kita untuk menentang segala dengan cara kekerasan. Kita sepatut bangga menjadi rakyaat Malaysia, bangga kepada pejuang kemerdekaan kita. Apakah jatuh mertabat mereka, jika kita berjaya MERDEKA tanpa darah ataupun kita harus berbangga dengan Gerilla yang menumpahkan darah penjajah dan juga rakyaat untuk Kemerdekaan cara mereka yang belum diketahui sampai kemana arahnya?

  3. 3 matming rhima
    March 27, 2010 at 03:26

    Saya telah lama membaca buku yang ditulis oleh Sdra Chin Peng dan Shamsiah Fakeh. Saya baru sahaja habis membaca buku Ibrahim Chik dan akan mencari Abdullah CD pula.

    Memahami sejarah dari kacamata alternatif adalah perlu kerana kita terlalu lama disogok dengan karangan-karangan yang miring kepada kepentingan British. Buku pertama sejarah yang saya baca karangan Joginder Singh Jessy hanya memperlihatkan “kebenaran” dari satu pihak. Perlu ada keseimbangan dalam meniti sejarah negara sendiri.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Tukang Catat

saya manusia melulu sempit pemikiran dan kurang ajaran. bercakap kosong dan skeptik terhadap sesuatu yang tidak penting.

Blog Stats

  • 2,849 hits

sedang khatam

1. mencari jalan pulang : dari sosialisme kepada islam (kassim ahmad)

sudah khatam

1. memoir abdullah c.d (abdullah .d) 2. islam melayu komunis 3. ibrahim ali : crossing the waves 4. saya pun melayu (zaid ibrahim) 5. daripada sosialisme kepada islam (kassim ahmad) 6. cerita saya (lim goh tong) 7. skali (tengku farith rithaudeen) 8. musa derhaka (sh al attas) 9. macam - macam ada (sh al attas) 10. dunia belum kiamat (sh al attas) 11. tuah nasib pemimpin malaysia (sh al attas) 12. perdana menteri yang kelima (sh al attas) 13. dr burhanuddin al helmi 14. rahsia arqam 15. quo vadis, bangsaku (kassim ahmad) 16. kelantan universiti terbuka (nik aziz) 17. gerakan kiri melayu mencapai kemerdekaan

sedang cari !

1. hadis : satu penilaian semula (kassim ahmad) 2. shit (shahnon ahmad)

%d bloggers like this: