“Maka berpalulah gendang tatkala riuh senegeri adanya wilayah Malaya yang terjadi suatu kejadian mengejutkan lagi terkejut seadanya seluruh rakyat jelata. Berangkat bertombaklah segala macam menteri dan wakil rakyat adanya menerima berita ini, tidak terlepas jua Penghulu memanda menteri, yakni Perdana Menteri kesayangan bilamana mendapat perkhabaran ini…” hikayat seribu malam dari benakku..heh
Merujuk kepada kejadian di Sungai Buloh (25/10/2007), 2 orang anggota polis sekurang-kurangnya (nasib baik 2 orang saje) ditembak mati oleh penjenayah : Mendiang Lans Koperal J.Jaya Balan dari Jabatan Narkotik Gombak dan mendiang Lans Koperal M.Alagesan dari IPK Selangor.
Kejadian itu yang melibatkan serbuan pihak berkuasa ke sebuah rumah yang disyaki menyimpan berkilo-kilo dadah di Kampung Desa Aman.
Namun begitu, pertikaian yang timbul dalam kejadian (ngeri) ini mendatangkan beberapa persoalan awal (kerana siasatan masih dijalankan) :
1. pematuhan serbuan terhadap prosedur
2. aspek pemakaian baju kalis peluru
3. komandan yang memberi arahan
4. strategi pasukan polis dalam serbuan
Apa yang mengejutkan, polis terbabit tidak TIDAK MEMAKAI BAJU KALIS PELURU. Mari kita belek apa pula kata bapak polisi Tan Sri Musa,
“..pada masa ini hanya anggota serta pegawai yang menjalankan tugas BERBAHAYA sahaja dibekalkan baju itu (baju kalis peluru)..”
Benakku tiba-tiba sarat&konfius, apa tidaknya.. adakah manusia-manusia (polis) yang melakukan serbuan di Sg Buloh itu tidak melakukan tugas yang diklasifikasikan “tugas berbahaya” ?? dah kalau melibatkan pistol dan peluru..pada aku itu berbahaya!
kerana sang peluru tidak menyebabkan kita sekadar loya&muntah2..tapi terus GOL!
Lagi kenyataan Tan Sri Musa :
“…polis tidak mampu menyediakan baju kalis peluru bagi setiap pegawai dan anggota yang bertugas pada ketika ini kerana memerlukan belanja yang besar..”
Astaga… apa Pak Lah tidak memperuntukkan bajet untuk polis malaysia (PDRM)?? mustahil. . .kerana pada 24/10/2007 lalu Tan Sri Musa menyatakan yang polis kita nak tambah bilangan helikopterrrrrr..! kalau boleh dua helikopterrrrr untuk setiap negeri.
terlintas analisa ‘sampah’ dibenakku : dalam kes di Sg Buloh, helikopterrrrrrr ke atau baju kalis peluru yang benar-benar membantu??? heh.
Dan sebagai peringatan kita semua, ini bukan kejadian pertama. Mangsa pertama iaitu Koperal Manja Manaf juga telah terkorban mati ditembak perompak di Muar, Johor. Juga kes & isu kekurangan baju kalis peluru.
Sebelum terlupa, ini sebagai perkongsian yang melibatkan kejadian polis cedera dalam dua minggu terdekat ini :
1. 2 anggota polis cedera ditembak oleh penyamun di kawasan R&R Seremban (23/10/2007)
2. 2 anggota polis cedera dalam kejadian tembak-menembak berhampiran Pasar Borong Selayang (22/10/2007).
dan ini kata Pak Lah
“…sepatutnya sebelum mereka membuat serbuan mereka maklumkan kepada pihak-pihak polis sendiri…dan gunakan pembesar suara…Tapi dia punya pendekatan itu tidak kena…”
marah benar nampak gayanya ni. Tapi itula Pak Lah…tegurnya bersopan, marahnya bersenyum…dan bencinya berpuji.
p/s : Scorpene dah beli…nanti boleh la guna untuk buat serbuan. (heh..)
Jumpa juga blog ini.
Haha.
Selamat menulis.
p/s: Just a friendly reminder. Don’t be to emotional on ‘certain things’. UiTM has a lot of eyes and ears throughout the Internet. You know what I mean, kan?
wawawawaw….shak pon dah berblog skrang…hehe…
welcome to the club, bebeh…
neway, miss u..:P
bumimalaya: misssssssssss u 2 k.nenC
pergh dh berblog
semua debater nak brdebat di alam maya plak ke?
bumimalaya : bila nak balik malaysia???? heh
tq bonzai… . . i’ll rmemba dat.
ehemm…
dah habis baca ke crite kes ni betul2..? heee
sbb macam ada yang salah tafsir kata bunyinya
-0rgpning-
nway, nice stuff to be discussed here…bukak minda sikit…just little bit of comment
“bicara krn fakta, suka krn jenaka, pedih krn luka, sokong krn-Nya”
salam
“ini adalah pendapat peribadi”
Akta 15
AKTA HASUTAN 1948
bumimalaya :
terima kasih daun keladi saudara.
pendapat peribadi anda saya hargai.
banyak mata yang memandang,
banyak telinga yang mendengar..
berani kerana benar…
moga mendapat tempat dsisiNYA…