21
Oct
07

NYAWAMU . . .DI HUJUNG JARI KU.

Aidilfitri 2007. . . aidilfitri yang yang membawa seribu satu rahmat dan erti. Bagi si perantau, ini masanya untuk menjejak tanah kampung, bagi si mak, ini masanya untuk test power buat biskut raya, bagi si anak, ini masanya untuk menghancurkan tangan dan jari yang ada dengan segala macam mercun atau bunga api(lebih manis namanya bila disebut ‘bunga api’, tapi sama saja penangannya!). . . dan bagi si pemandu, ini masanya untuk menjadi malaikat Izrail, heh. Dan.. aku??? Beraya di shah alam untuk tahun 2007, erghhh…! 

Lebih kurang seminggu sebelum raya, JPJ telah melancarkan OPS SIKAPnya yang ke 8 (Xlll). Dengan segala bala tentera dan kelengkapan yang ada, maka berangkatlah panglima dan hulubalang Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) ke segala macam jalan di Malaysia untuk menahan, menyaman dan sebagainya.  

Dan pada tahun ini, kita sekali lagi bermain dengan nombor-nombor keramat kematian, sehingga hari ini (19/10/2007), seramai 177 orang rakyat Malaysia yang berjaya menempatkan diri mereka sebagai sebahagian daripada statistik kematian.  Merujuk kepada sumber Bukit Aman, jumlah kemalangan ialah sebanyak 1 041 kes (sehingga hari ini…esok lusa aku yakin naik lagi, mungkin lebih rancak grafnya).  

Dan macam biasa la, pahlawan – pahlawan sarkas terbilang negara akan mengungguli carta statistik iaitu 60 % daripada jumlah mangsa maut jalan raya. Sudah pasti ini masanya untuk praktikkan skil-skil terkini, “williy” dan  “wikang”. Apa guna RXZ klon Catherlizer (aku x pasti ejaan yang betul) kalau tak bawak laju2, ye tak? Yang paling menyedihkan, ialah mereka yang memandu kereta, van, MPV dan sebagainya untuk balik ke kampung halaman. Mereka ini dilaporkan adalah antara mereka yang paling ramai terdedah kepada maut oleh sebab kesalahan sendiri. Kalaupun mereka mahu mati awal,kita tidak kisah (mungkin sudah banyak pahala puak-puak ni), tapi yang sadisnya, kat belakang dan tempat duduk penumpang, ada anak bini. Tu la aku kata, orang kita yang memandu sekarang pakat berlumba-lumba nak jadi MALAIKAT IZRAIL. Depa buat nyawa orang lain dok kat hujung jari depa. Apak pasai lagu niii…??? 

Sehingga 19/10/2007 juga, JPJ sudah mengeluarkan waran tangkap untuk ‘dihadiahkan’ kepada seramai 21 000 pemandu di Malaysia. JPJ juga dah gantung 22 124 lesen memandu yang dimiliki oleh pemilik untuk pelbagai jenis kenderaan. 

Meminjam kata-kata pak Pengarah JPJ, Datuk Ahmad Mustapha “Walaupun kesalahan itu(kesalahan jalan raya) itu sering dianggap kecil, ia perlu dibendung. . . bagi mengelak gejala itu (maut di jalan raya) menjadi kebiasaan. . .” haii….maut di jalan raya pun bakal menjadi gaya hidup rakyat Malaysia. 

p/s : baik kerajaan tukar je jalan raya kat Malaysia ni dengan jalan berbatu atau jalan tanah merah, baru depa nak bawak slow2. Tak gitu Kekanda Samy Vellu?? 

Advertisements

0 Responses to “NYAWAMU . . .DI HUJUNG JARI KU.”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Tukang Catat

saya manusia melulu sempit pemikiran dan kurang ajaran. bercakap kosong dan skeptik terhadap sesuatu yang tidak penting.

Blog Stats

  • 2,846 hits

sedang khatam

1. mencari jalan pulang : dari sosialisme kepada islam (kassim ahmad)

sudah khatam

1. memoir abdullah c.d (abdullah .d) 2. islam melayu komunis 3. ibrahim ali : crossing the waves 4. saya pun melayu (zaid ibrahim) 5. daripada sosialisme kepada islam (kassim ahmad) 6. cerita saya (lim goh tong) 7. skali (tengku farith rithaudeen) 8. musa derhaka (sh al attas) 9. macam - macam ada (sh al attas) 10. dunia belum kiamat (sh al attas) 11. tuah nasib pemimpin malaysia (sh al attas) 12. perdana menteri yang kelima (sh al attas) 13. dr burhanuddin al helmi 14. rahsia arqam 15. quo vadis, bangsaku (kassim ahmad) 16. kelantan universiti terbuka (nik aziz) 17. gerakan kiri melayu mencapai kemerdekaan

sedang cari !

1. hadis : satu penilaian semula (kassim ahmad) 2. shit (shahnon ahmad)

%d bloggers like this: