21
Oct
07

NILAI KERAKYATAN DI TAPAK KAKI?

Negaraku..

Tanah tumpahnya darahku..

Rakyat hidup bersatu dan maju.. 

Heh.. bait-bait yang agak lama aku tidak tuturkan secara berirama. Mungkin 4 atau 5 tahun yang lalu bait-bait ini yang menjadi santapan telinga setiap pagi berhimpun di tapak kawad sekolah menengah zaman remaja ku.

Mendalami rangkap demi rangkap lagu keramat Negaraku, terasa betapa beruntung dan bersyukur lahir di bumi bertuah Malaysia. Namun begitu, apa nilainya menjadi rakyat  Malaysia pada sesetengah individu? 

Julai 2007…isu kerakyatan agak panas diperkatakan..mungkin bisa terbakar hati nasionalis-nasionalis di luar sana yang mengikuti perkembangan isu ini.. Dan hakikatnya… betapa nilai kerakyatan sekadar permainan cuma bagi sesetengah golongan! Mari kita belek beberapa fakta daripada KHEDN. . . 

1.        Dari 1996 – april 1997 : seramai 106 600 rakyat Malaysia yang menyerahkan kerakyatan.

2.         Daripada jumlah diatas, 79 199 Melayu : 25 107 Cina, India 1 347, lain-lain bangsa 350.

3.          Komposisi lekaki dan wanita : wanita lebih banyak serah kerakyatan 

Mengikut kata pak menteri di KHEDN, ada beberapa sebab dan musabab mengapa orang Malaysia suka (maksudnya rela/sudi…dan mungkin juga gembira!) menyerahkan hak kerakyatan mereka. 

1.        Perkahwinan iaitu orang Malaysia yang berkahwin dengan warga asing, dan berhijrah mengikut pasangan hidup. Kebanyakannya adalah wanita.

2.        Kerjaya. Yakni mereka yang mahu mencari kerja yang lebih memenuhi impian di negara lain. Ada juga yang memandang gaji sebagai ukuran. Dan ada juga yang punya kemahiran tapi, tidak ada bidang kerja di Malaysia. Lagipula, persekitaran kerja di negara luar lebih selesa dari segi teknologi, kemudahan, prasarana dan sebagainya.

3.        Hubungan keluarga. Sifat manusia yang suka melarikan diri sejauh mata memandang bila ada konflik..heh. Tapi ada juga yang mencari kasih di negara orang tatkala keluarga di Malaysia yang meninggal, sebatang kara la katakan.

4.        Semangat kenegaraan yang kurang. Yang ini sensitif. Tapi itula hakikatnya bak kata veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani “..kurang sifat patriotik serta ketiadaan semangat cintakan negara punca ada pihak melucutkan kewarganegaraan…” nah..ambik engkau! 

Terlintas beberapa analisa ‘sampah’ di benakku untuk dikongsi tatkala melihat kepada faktor seperti yang dilaporkan KHEDN di atas : 

1.        Faktor satu : “Wanita mengahwini lelaki asing”. Mungkin lelaki-lelaki Malaysia sudah tidak ada yang ‘power’ barangkali. Amalkan minum tongkat ali! Ketepikan dulu persoalan “Jodoh di tangan Tuhan”, yang pokoknya ialah wanita Malaysia lebih melihat kepada lelaki asing bila bab2 nikah kahwin (tapi tak semua la). Mengapa??

2.        Faktor dua : “Kerja di negara luar lebih tinggi gaji, teknologi, kelengkapan&prasarana cukup”.  Laa..rupa-rupanya orang Malaysia terpaksa meredah hutan, harung sungai, panjat bukit untuk sampai ke tempat kerja! (tapi dah kalau kerja cari petai kat hutan memang laa..). Dan guna mesin taip kuno untuk taip dokumen! MSC di Ciberjaya itu apa? Tempat beruk dan monyet bergayut gamaknya. KESAS, Federal Highway, Jambatan kedua Pulau Pinang (belum ada tapi nak bina) dan segala macam jalan berselirat simpang siur itu apa? Kenaikan gaji sektor awam itu apa? Dan yang paling peliknya. . .yang rakyat Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Filipina dan segala macam negara BERDUYUN-DUYUN datang ke negara kita untuk bekerja itu apa? Pandai pula puak-puak mereka cari lubang kerja di negara yang rakyatnya sendiri menuduh tidak ada peluang pekerjaan!! Sehinggakan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia cecah 2.4 juta orang awal tahun ini, tu belum kira yang PATI.

3.        Faktor tiga : “Konflik dengan ahli keluarga”. Pelik…yang kerajaan dok canang2 program rumahku syurgakukeluarga bahagia.., tak cukup ker? Jawapannya memang tak cukup, nak tau hangpa pi check kadar penceraian. Pi la try check. Lagipula, sekarang ni memang ramai rakyat Malaysia (tak la semua) yang ganas-ganas, sebab tula timbul kes dera anak, dera isteri, dera suami pun ada (ha..yang ni Queen Control). Tapi persoalan dera mendera ni semua negara kat dunia ni ..berlaku.

4.        Faktor empat : “Semangat cintakan negara kurang”. Tak cukup ker rukun negara tu .. “kesetiaan kepada raja dan negara..”, & lagu negaraku yang depa dok baca & nyanyi setiap kali majlis rasmi kerajaan dan sebagainya? Tentula cukupppp….cukup sekadar menghiburkan hati!  

Antara negara yang menjadi tumpuan puak-puak penghijrah ni ialah : 

1.        Amerika Syarikat (mungkin kerana Hollywoodnya)

2.        Australia (Malaysia pun ada kangaru sekarang)

3.        Singapura (hmmm…no komen)

4.        Indonesia (penangan Rossa dan Kris Dayanti gamaknya) 

Orang-orang kita dok sibuk serah kerakyatan, orang luar dok sibuk nak dapatkan taraf warganegara atas dasar mahu menumpang kemakmuran ekonomi Malaysia dan mendapat segala macam lagi keistimewaan. Dan sehingga 2005 yang lalu, kerajaan telah meluluskan 16 868 daripada 47 811 permohonan mendapatkan taraf kewarganegaraan.  

Paluan gendang perang oleh Pak Lah menandakan yang masalah ini memang parah. “Satu perkara yang saya nak beritahu dan jelaskan, rakyat Malaysia yang sudah serah kerakyatan, tetapi nak balik kerakyatan, tak boleh jadi rakyat Malaysia semula.”  

Kerakyatan Vs Warganegara 

Seseorang warganegara mempunyai hak-hak untuk menyertai bidang politik negerinya, seperti mengundi atau menjadi calon pilihan raya. 

Seseorang ‘rakyat’ tidak seharusnya mempunyai hak-hak tersebut, walaupun biasanya mereka mempunyainya. 

Teringat kata-kata “hujan batu di negara sendiri, hujan emas di negara orang, lebih baik di negara sendiri”. 

p/s : tukar agama pun macam tukar baju sekarang…apatah lagi tukar kerakyatan. heh.. “ubah minda untuk ubah perangai..& ubah perangai untuk ubah masalah..” 

Advertisements

0 Responses to “NILAI KERAKYATAN DI TAPAK KAKI?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Tukang Catat

saya manusia melulu sempit pemikiran dan kurang ajaran. bercakap kosong dan skeptik terhadap sesuatu yang tidak penting.

Blog Stats

  • 2,854 hits

sedang khatam

1. mencari jalan pulang : dari sosialisme kepada islam (kassim ahmad)

sudah khatam

1. memoir abdullah c.d (abdullah .d) 2. islam melayu komunis 3. ibrahim ali : crossing the waves 4. saya pun melayu (zaid ibrahim) 5. daripada sosialisme kepada islam (kassim ahmad) 6. cerita saya (lim goh tong) 7. skali (tengku farith rithaudeen) 8. musa derhaka (sh al attas) 9. macam - macam ada (sh al attas) 10. dunia belum kiamat (sh al attas) 11. tuah nasib pemimpin malaysia (sh al attas) 12. perdana menteri yang kelima (sh al attas) 13. dr burhanuddin al helmi 14. rahsia arqam 15. quo vadis, bangsaku (kassim ahmad) 16. kelantan universiti terbuka (nik aziz) 17. gerakan kiri melayu mencapai kemerdekaan

sedang cari !

1. hadis : satu penilaian semula (kassim ahmad) 2. shit (shahnon ahmad)

%d bloggers like this: