sejarah.
adalah sesuatu yang dimiliki. hak. kepada sesuatu masayarakat dan negara. namun bila sejarah tidak disampaikan secara tepat. itu bukan sesuatu yang adil.
kejam. kerana menidakkan hak generasi dan angkatan baru untuk mengetahui perkara sebenar . tiba – tiba terfikir, rupa – rupanya sejarah dan penceritaan sejarah adalah dua perkara yang berbeza. amat ketara.
perkara yang berlaku pada masa silam hakikatnya memanglah benar – benar berlaku. perkara sama ada baik, buruk, cela, cacat, gembira dan sedih hanyalah kekal pada terma ‘kejadian’.
untuk diangkat sebagai cerita agar mencapai tahap sejarah adalah sesuatu yang berbeza.
ianya bergantung kepada siapa yang bercerita. siapa yang menjadi penglipur lara. dan yang paling utama.. siapa yang berkuasa. cuma ..
terkadang, sedih. mengapa perlu untuk kita menidakkan sifat dan roh sejarah. bahawasanya sejarah adalah pembelajaran tentang masa silam. tanpa untuk menidakkan hak semua mereka yang terlibat semasa berlakunya kejadian masa silam itu… maka ‘pencerita’, perlu untuk menyampaikan semua cerita tanpa bersikap berat sebelah dan dipengaruhi.
komunis. tidaklah sejahat yang digambarkan dalam buku – buku yang biasa kita pandang dan lihat.
rashid maidin dan abdullah c.d .. juga adalah pejuang tanah yang dipijak ini. mereka, mungkin lebih patriotik berbanding kita kini. jauh lebih patriotik..
pada saya.
0 Responses to “melayu, islam, komunis”